Messi cipta sensasi dengan dua gol selepas pulih daripada kecederaan

Lionel Messi Foto AFP
Lionel Messi Foto AFP
A
A
A

LIONEL Messi mencipta sensasi apabila berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit ketika melakukan penampilan semula bersama Inter Miami selepas pulih daripada kecederaan.

Messi tidak beraksi sejak mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan akhir Copa America pada Julai lalu, tetapi malam tadi beliau meledak dua gol dan turut membantu Luis Suarez menjaringkan gol ketiga ketika Inter Miami menewaskan Philadelphia Union 3-1.

Mikael Uhre membuka tirai jaringan untuk Philadelphia seawal minit kedua.

Bagaimanapun, Messi menyamakan kedudukan pada minit ke-26 selepas menerima hantaran daripada Suarez.

Empat minit kemudian, Messi sekali lagi mencuri tumpuan apabila menewaskan penjaga gol Philadelphia, Andrew Rick, dengan rembatannya.

Suarez memastikan kemenangan Miami dengan gol ketiga yang dijaringkan lapan minit sebelum masa kecederaan.

Walaupun tanpa Messi, Miami berjaya memenangi lapan daripada 10 perlawanan mereka dan mengesahkan tempat dalam playoff MLS. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!