Kegiatan GISBH di Johor masih terkawal - Exco

Mohd Fared (empat kanan), bersama Kontinjen Johor yang muncul juara keseluruhan
Mohd Fared (empat kanan), bersama Kontinjen Johor yang muncul juara keseluruhan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengesahkan semua kegiatan kumpulan GISB Holdings (GISBH) di negeri itu masih terkawal.

Exco Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd Fared Mohd Salleh berkata, tiada laporan yang diterima berhubung kegiatan GISBH kecuali empat laporan sahaja pada 2011 lalu.

Mohd Fared
Mohd Fared

"Kita dah dapat maklumat daripada Cawangan Khas Bukit Aman dan ketika ini GISBH ini sentiasa dipantau dengan baik.

"Setakat ini, kegiatan GISBH di Johor ini sangat terkawal di Johor. Malah, dari 2011 hingga sekarang, Johor hanya ada empat laporan sahaja, itu pun aduan lama dan sehingga kini tiada laporan terkini," katanya.

Mohd Fared berkata demikian setelah menyempurnakan Perasmian Penutup Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (Mismam) kali ke-16 Tahun 2024, mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn HAmafiz Ghazi, di Kompleks Islam, Johor Bahru, pada Ahad.

Sementara itu, Mohd Fared gembira kerana Kontinjen Johor yang juga tuan rumah muncul juara keseluruhan Mismam kali ini.

"Saya memang gembira dengan kejayaan Johor dalam Mismam kali ini di mana bukan sahaja melibatkan tilawah al-Quran tetapi debat, syarahan Bahasa Melayu dan Inggeris dan kuiz.

Artikel Berkaitan:

"Kita gembira Johor selaku tuan rumah kali ini jadi juara keseluruhan dan kita doakan agar program seperti ini berterusan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!