'Tak usah menyibuk hal Bersatu' - Sahruddin

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KLUANG - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal meminta Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menyibuk mengenai hal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ingatan itu diberikan Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor sebagai reaksi kepada kenyataan Nur Jazlan mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah medan terakhir Bersatu dalam arena politik tanah air.

"Kami akui PRK Pulai dan Simpang Jeram kami kalah, namun undi Melayu meningkat. Walaupun kalah namun kami bangga kerana peningkatan itu.

"DUN Mahkota suatu kawasan yg sangat mencabar, namun dalam situasi sekarang ini, dengan kesedaran pengundi di Mahkota, Insya-ALLAH PN mampu merampas DUN Mahkota," katanya dalam kenyataan pad Ahad.

Dalam pada itu, Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong, menyifatkan kenyataan dikeluarkan Nur Jazlan itu kerana beliau sedang berusaha bangkit dalam karier politiknya selepas gagal merampas Parlimen Pulai sejak 2018.

"Adakah beliau sudah terfikir kerusi mana untuk bertanding pada PRU16 atas nama kerajaan Perpaduan? Di Johor, UMNO mempunyai 40 ADUN, namun parlimen hanya 10, sedangkan PH (Pakatan Harapan) mempunyai 14 parlimen.

"Pada 2020, kami berkorban demi membentuk kerajaan PN walaupun dengan majoriti hanya satu kerusi berbanding PH (28-27) selepas UMNO kalah teruk dalam PRU14 sehingga tidak dapat membentuk kerajaan negeri.

"Apa yang beliau bangga sangat sedangkan Johor bukanlah Kerajaan Perpaduan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Nur Jazlan mendakwa kekalahan Bersatu PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada tahun lalu menunjukkan parti itu semakin malap di Johor.

Katanya, tidak mustahil PRK Mahkota merupakan pengakhiran kepada Bersatu dalam arena politik tanah air.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!