PRK Mahkota: Jentera bergerak DAP rayu undi untuk calon BN

Tinjaun Sinar Harian mendapati jentera bergerak DAP melakukan rondaan di sekitar Bandar Kluang sambil memasang pembesar suara merayu undi buat Syed Hussien Syed Abdullah.
Tinjaun Sinar Harian mendapati jentera bergerak DAP melakukan rondaan di sekitar Bandar Kluang sambil memasang pembesar suara merayu undi buat Syed Hussien Syed Abdullah.
A
A
A

KLUANG - Pergeseran yang berlaku melibatkan pemimpin UMNO dan DAP berhubung isu pensijilan halal tidak menjejaskan semangat jentera parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu untuk turut berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN).

Tinjaun Sinar Harian mendapati jentera bergerak DAP melakukan rondaan di sekitar Bandar Kluang sambil memasang pembesar suara merayu undi buat Syed Hussien Syed Abdullah.

Kenderaan pacuan empat roda dengan tulisan Pasukan Khidmat Bergerak DAP memaparkan gambar Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh berkempen menggunakan tiga bahasa mewakili kaum Melayu, Cina dan India.

"Ayuh sokong Kerajaan Perpaduan, jom keluar undi. Sokong Syed Hussien."

Rayuan undi tersebut disertai dengan laungan Maju Johor.

Sebelum ini, isu pensijilan halal menimbulkan polemik, termasuk melibatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok.

Teresa juga dilapor mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap Muhamad Akmal dengan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM25 juta berhubung kenyataan fitnah Muhamad Akmal dalam video di aplikasi TikTok.

PRK kerusi DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada BN dan Perikatan Nasional (PN)

Artikel Berkaitan:

BN mempertaruhkan Syed Hussien, manakala PN diwakili Mohamad Haizan Jaafar, 61.

PRK DUN Mahkota diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka kerusi tersebut susulan kematian penyandang kerusi DUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!