Alami pengalaman VR di Family Fiesta MADA

Agro Cafe yang memperkenalkan makanan tradisional berkait rapat dengan kehidupan petani, penternak dan nelayan. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Agro Cafe yang memperkenalkan makanan tradisional berkait rapat dengan kehidupan petani, penternak dan nelayan. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SERDANG - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyediakan pelbagai aktiviti interaktif menerusi Segmen Agro Lifestyle dan Segmen Agro Culinary bertempat di Dewan D-2 Family Fiesta bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Zulkifli Romli berkata, teknologi Realiti Virtual (VR) yang diperkenalkan pada pameran kali ini memberi peluang kepada golongan muda merasai sendiri pengalaman sebagai petani.

Menurutnya, selain itu pengunjung boleh merasai pengalaman bermain wau dan memancing menerusi teknologi yang sama.

“Paling mendapat tumpuan apabila permainan tradisional seperti teng-teng dimainkan secara digital dengan fakta menarik berkaitan tanaman, ternakan serta akuakultur,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sesi podcast bersama usahawan tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coffee Star Malaysia, Raja Ahmad Fauzan Raja Hassan (kanan). Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sesi podcast bersama usahawan tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coffee Star Malaysia, Raja Ahmad Fauzan Raja Hassan (kanan). Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menerusi segmen agro ternak pula, pengunjung boleh mencuba simulasi mesin menghasilkan produk tenusu secara interaktif.

“Pada masa yang sama mereka mendapat maklumat mengenai pengurusan haiwan ternakan termasuk kawalan penyakit,” katanya.

Mengulas lanjut, MADA turut memperkenalkan makanan tradisional menerusi Agro Cafe.

Artikel Berkaitan:

“Makanan ini berkait rapat dengan kehidupan petani, penternak dan nelayan seperti roti jala dan pek nga (lempeng kelapa),” katanya.

Seorang kanak-kanak mencuba teknologi Realiti Virtual (VR) pengalaman menjadi seorang petani di Segmen Family Fiesta MADA di Dewan D-2. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Seorang kanak-kanak mencuba teknologi Realiti Virtual (VR) pengalaman menjadi seorang petani di Segmen Family Fiesta MADA di Dewan D-2. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Paling menarik pada 19 September menerusi segmen cabaran kulinari, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan tampil menerusi demonstrasi menu khas ‘Abang Mat Masak Apa?’

Sehingga 14 September lalu, Segmen Family Fiesta MADA di Dewan D-2 telah dihadiri 31,271 pengunjung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!