Peserta RXZ Members 6.0 maut terseret bawah treler

Keadaan lokasi kejadian di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi pada petang Ahad. Foto: Media sosial
Keadaan lokasi kejadian di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi pada petang Ahad. Foto: Media sosial
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa, Ahmad Amir Muhamad, 29 dalam perjalanan pulang ke Felda Seroja, Jengka 18, Temerloh, Pahang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa memotong sebuah lori menggunakan lorong kecemasan dan telah bergesel dengan sebuah lagi motosikal RXZ yang berhenti di lorong kecemasan tersebut.

"Akibat kejadian itu mangsa telah terjatuh di atas jalan raya dan terseret masuk ke bahagian bawah sebuah treler.

"Mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya di sini pada Ahad.

Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi di sini pada Ahad.
Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Seorang lagi penunggang RXZ dan pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

@sinarharianonline

Peserta RXZ Members 6.0 maut terseret bawah treler #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Terengganu #Motosikal #RXZ #RXZMembers6.0 #Kemalangan #Treler #JalanRaya

original sound - اقتباسات اسلامية

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!