Lagi peserta RXZ Members maut kemalangan, elak langgar patung penyu

Seorang penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian di Kilometer 270.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuantan pada Ahad.
Seorang penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian di Kilometer 270.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuantan pada Ahad.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang peserta Program Himpunan RXZ Members 6.0 maut maut manakala seorang lagi cedera parah gara-gara mengelak daripada terlanggar patung penyu di atas lebuh raya dalam kejadian di Kilometer 270.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuantan pada Ahad.

Mangsa, Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, yang berasal dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila motosikal Yamaha ditunggang mangsa dan sebuah lagi motosikal jenis sama terbabas akibat mengelak objek tersebut.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang mangsa mengelak patung penyu yang berada di laluan sebelah kiri lebuh raya.

"Bagaimanapun, kedua-dua motosikal itu telah bergesel pada bahagian handle (pemegang) menyebabkan masing-masing terbabas,” katanya di sini, pada Ahad.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah, Muhamad Shafiq Abdul Halim, 29, dari Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk rawatan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas menyertai program himpunan RXZ Members 6.0 di Kuala Nerus.

"Mayat mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!