44 rumah musnah terbakar di Penangah

Sebahagian rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Penangah, Tongod.
Sebahagian rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Penangah, Tongod.
A
A
A

KINABATANGAN - Sebanyak 44 rumah musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Kampung Penangah, Tongod, pada malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.24 malam.

Menurutnya, seramai sembilan anggotanya dengan bantuan empat anggota dari BBP Beluran dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 174 kilometer dari BBP Kinabatangan.

"Pasukan bomba hanya tiba di lokasi pada jam 11.33 malam susulan jarak lokasi yang jauh dan operasi memadam kebakaran segera dilakukan.

"Dianggarkan sebanyak 44 rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal bersama sebuah kenderaan telah musnah dalam kebakaran itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 2.30 pagi namun operasi memadamkan sepenuhnya kebakaran masih giat dilakukan.

"Pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran tersebut dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!