Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di PICC hari ini - Foto: Bernama
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di PICC hari ini - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 9.32 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’, majlis itu dihadiri kira-kira 6,000 tetamu.

Tema sambutan Maulidur Rasul kali ini adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW serta sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan hakiki di dunia dan akhirat. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!