Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

Tangkap layar ucapan Selamat Hari Malaysia menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Tangkap layar ucapan Selamat Hari Malaysia menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.

"Toleransi dan hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.

"Saya sentiasa menekankan bahawa perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat berbilang kaum adalah hadiah paling bermakna buat saya,” titah Sultan Ibrahim.

Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaaan akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!