Anak sulung lahir pada Hari Malaysia, Maulidur Rasul jadi hadiah istimewa

Nurul Aini bersama Jefry (tiga dari kanan) bersyukur bayinya lahir pada sambutan Hari Malaysia.
Nurul Aini bersama Jefry (tiga dari kanan) bersyukur bayinya lahir pada sambutan Hari Malaysia.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul menjadi hari istimewa buat pasangan suami isteri dari Taman Daya di sini selepas menerima kelahiran bayi sulung mereka pada awal pagi Isnin.

Nurul Aini Mohd Damirulan, 23, dan suami, Jefry Iskandar Mustafa Kamal, 21, melahirkan rasa teruja mereka dengan kelahiran putera sulung di sebuah hospital swasta di sini.

Jefry Iskandar berkata, proses kelahiran bayi seberat 2.54 kilogram (kg) pada jam 7.19 pagi itu lancar dan dipermudahkan.

“Anak saya dijangka lahir 28 September, tak sangka 14 hari lebih awal. Kami tidak terfikir (dia) akan lahir pada Hari Malaysia ini.

"Bayi kami lahir pada hari penuh bersejarah dan dianggap hadiah istimewa juga buat keluarga," katanya pada Isnin.

Menurut Jefry, nama bayi pertamanya itu masih belum diputuskan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!