LUAS pantau kawasan sensitif, elak gangguan bekalan air

Pasukan bertugas memantau sumber air di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat.
Pasukan bertugas memantau sumber air di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan rondaan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan pemantauan 24 jam setiap hari di kawasan sensitif dalam memastikan bekalan sumber air mentah negeri kepada loji-loji rawatan air tidak terganggu terutamanya pada musim cuti.

LUAS dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan berkenaan akan memantau sumber air di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat bagi mencegah berlakunya sebarang insiden yang berpotensi memberi permasalahan kepada kualiti air sungai.

"Pasukan LUAS sentiasa komited dalam memastikan bekalan sumber air mentah negeri kepada loji-loji rawatan air tidak terganggu terutamanya pada musim cuti.

"Rondaan dan pemantauan statik 24 jam tanpa henti dilaksanakan di setiap titik sensitif di kawasan lembangan sungai utama negeri iaitu lembangan Sungai Langat dan Sungai Selangor adalah komitmen kakitangan LUAS," menurut LUAS dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Isnin.

Pasukan rondaan LUAS melaksanakan pemantauan 24 jam setiap hari di kawasan sensitif .
Pasukan rondaan LUAS melaksanakan pemantauan 24 jam setiap hari di kawasan sensitif .

Kenyataan itu menambah, dedikasi kakitangan LUAS ini untuk memastikan bekalan sumber air mentah negeri tidak terjejas dan seterusnya rakyat dapat menikmati bekalan air terawat berterusan khususnya pada waktu cuti sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!