Lelaki lemas ketika menjala ikan
Gambar hiasan
A
A
A
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat pada 12.18 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dengan bantuan BBP Pulau Pangkor dan Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Khairul Jumazlizi Ghazali, 46, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 100 meter dari lokasi dipercayai terjatuh kira-kira 10.20 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata operasi tamat pada jam 11 pagi tadi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!