Masalah pasport, tunggakan cukai punca rakyat Malaysia terkandas di pintu sempadan

Deretan kenderaan untuk ke Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam - Foto: JIM Kedah
Deretan kenderaan untuk ke Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam - Foto: JIM Kedah
A
A
A
ALOR SETAR - Pelancong Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand terkandas di pintu sempadan disebabkan masalah pasport rosak, tunggakan cukai pendapatan, cukai kastam serta kes jenayah lama yang belum diselesaikan.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, masalah berkenaan dikesan menerusi data diperoleh daripada Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

"JIM telah mengesan 10 kes melibatkan pasport rosak antaranya terkoyak, terkena air, hilang muka surat dan terdapat contengan pada pasport berkenaan.

"Terdapat juga 20 kes berkaitan tunggakan cukai (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan sembilan kes melibatkan isu kastam, menjadikan perjalanan rentas sempadan ini lebih mencabar untuk mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi mengelakkan kekecewaan pada saat akhir, rakyat Malaysia diseru menyemak status perjalanan mereka di portal Sistem Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI) sebelum membuat sebarang perancangan ke luar negara.
Artikel Berkaitan:


"Semakan awal status perjalanan merupakan langkah penting bagi memastikan percutian dirancang tidak terganggu oleh perkara-perkara tidak diingini,” katanya.

Mohd Ridzzuan berkata, orang ramai hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan di portal SSPI untuk mengetahui jika ada sebarang sekatan dikenakan. - Bernama
@sinarharianonline

Tudia... Musim cuti persekolahan ditambah pula cuti Hari Malaysia mengakibatkan jalan menuju ke Bukit Kayu Hitam sesak hingga mengambil masa berjam-jam untuk tiba di lokasi masing-masing. Menerusi kapsyen video milik mariyamsani, "Bekicap laa cek oiiii nak hadap jam ni... #welcomethailand2024 #publicholiday." Menjengah di ruang komen, netizen turut memberitahu, sekiranya mahu ke Thailand pada musim cuti panjang memang akan berlaku kesesakan luar biasa kerana pada hari kebiasaan ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja ke lokasi tersebut. Nurulasikinzainal juga berkongsi pengalaman apabila terpaksa beratur selama lima jam sebelum masuk ke daerah Sadao, Thailand setelah tiba di Masjid Bukit Kayu Hitam pada 6.30 pagi. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Tular #Viral #Thailand #BukitKayuHitam #CutiSekolah #HariMalaysi

original sound - Sinar Harian
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!