Sang bedal termakan umpan lagi

Buaya yang berjaya ditangkap selepas termakan umpan yang dipasang di lokasi berhampiran mangsa disambar buaya di sungai Kampung Marudu Darat, Kota Marudu.
Buaya yang berjaya ditangkap selepas termakan umpan yang dipasang di lokasi berhampiran mangsa disambar buaya di sungai Kampung Marudu Darat, Kota Marudu.
A
A
A

KOTA MARUDU - Seekor lagi buaya berjaya ditangkap di Kampung Marudu Darat dekat di sini pada Isnin, selepas termakan umpan berhampiran lokasi seorang lelaki disambar buaya di sungai kampung terbabit.

Buaya sepanjang lebih 4.8 meter itu ditangkap pada jam 11 pagi di lokasi berhampiran mangsa, Razis Amat, 35, disambar ketika mandi bersama anak saudaranya di sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah ditamatkan pada Ahad.

"Bagaimanapun, pihak kami menerima maklumat terdapat seekor lagi buaya terjerat pada umpan yang dipasang susulan operasi mencari mangsa sebelum ini.

"Pasukan bomba ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menangkap dan mengambil reptilia itu ke darat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, buaya terbabit akan diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.30 pagi," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan dua ekor buaya berjaya ditangkap menerusi operasi SAR mangsa yang memasuki hari kelima pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Namun jumlah keseluruhan buaya yang ditangkap menurut maklumat JHL Sabah di kawasan itu adalah sebanyak empat ekor termasuk satu yang ditembak mati.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!