Tiada keputusan tangguh pemilihan selepas PRU16 - Setiausaha Agung PKR

Fuziah
Fuziah
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada keputusan berhubung penangguhan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 15 September 2024.

Setiausaha Agung baharu PKR, Fuziah Salleh berkata, walaupun ada pandangan dilontarkan dalam MPP itu, ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas.

"Di sini saya ingin menegaskan bahawa tiada keputusan sedemikian telah dibuat sewaktu mesyuarat MPP pada Ahad.

"Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, media memetik sumber melaporkan mesyuarat MPP PKR bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu selepas PRU16.

Pada 2021, PKR menangguhkan pemilihan parti tidak lebih 18 bulan.

PKR ketika itu dilaporkan berkata, ada peruntukan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan ditangguh tidak lebih 18 bulan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!