'DAP bukan alat kempen UMNO' - Onn Hafiz

Onn Hafiz berucap pada Program Sembang Santai @ Makan Tengah Hari Bersama Belia DUN Mahkota, di Kluang pada Isnin.
Onn Hafiz berucap pada Program Sembang Santai @ Makan Tengah Hari Bersama Belia DUN Mahkota, di Kluang pada Isnin.
A
A
A

KLUANG - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menolak dakwaan DAP dijadikan alat UMNO untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Menurutnya, tomahan itu tidak sepatutnya wujud ketika kempen PRK DUN Mahkota seperti peringatan yang dibuat sejak hari penamaan calon.

"Politik sebegitu tak sesuai di negeri Johor seperti saya mohon kepada rakan-rakan media tempoh hari (semasa sidang akhbar selepas hari penamaan calon).

"Sama-samalah kita jaga adab, tertib dan keharmonian Bangsa Johor yang kita sendiri hargai. Jangan kita terikat-ikut dengan tohamahan dan hasutan.

"Itu rayuan saya kepada Bangsa Johor terutamanya yang berada di Mahkota," katanya kepada pemberita selepas progam Sembang Santai Anak Muda Bersama MB di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan bahawa DAP telah dijadikan alat UMNO untuk menarik undi Cina di PRK Mahkota.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin ketika sesi ceramah pada hari pertama kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tengah di sini malam Sabtu, yang menggesa masyarakat Cina di DUN Mahkota menolak parti DAP.

Artikel Berkaitan:

Dakwanya lagi, UMNO memerlukan jentera-jentera DAP untuk kempen kepada pengundi-pengundi Cina supaya mengundi calon UMNO dan BN.

PRK kerusi DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada BN dan PN.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, manakala PN diwakili Mohamad Haizan Jaafar, 61.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

PRK Mahkota: MB Johor jamin beri tumpuan angkat agenda anak muda

NURHIDAYAH HAIROM

KLUANG - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan bahawa agenda anak muda negeri ini termasuk bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan diangkat sebagai agenda utama seiring matlamat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang 2030.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan ekonomi anak muda dalam pelbagai bidang.

“Antara agenda paling penting untuk kita adalah agenda orang muda Johor. Sebab itu kita adakan zon ekonomi, dan zon kewangan khas.

“Saya berunding dengan syarikat-syarikat untuk memastikan kita dapat tingkatkan ekonomi anak-anak muda Johor.

“Saya berjumpa dengan pelabur-pelabur agar diberikan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Johor termasuk di Kluang,” katanya ketika berucap pada Program Sembang Santai @ Makan Tengah Hari Bersama Belia DUN Mahkota, di sini pada Isnin.

Onn Hafiz memberi jaminan bahawa agenda anak muda negeri ini akan diangkat sebagai agenda utama seiring matlamat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang 2030.
Onn Hafiz memberi jaminan bahawa agenda anak muda negeri ini akan diangkat sebagai agenda utama seiring matlamat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang 2030.

Beliau berkata, program tersebut menjadi antara pendekatan dilakukan sebagai usaha meraih sokongan anak muda, menyedari bahawa golongan itu menjadi mampu penentu kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Katanya, penerimaan belia terhadap calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah juga menunjukkan perkembangan positif, menambah keyakinan bahawa BN telah membuat pilihan tepat.

“BN buat keputusan bijak, bagi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk dijadikan calon.

“Saya yakin jika diberi peluang, Syed Hussien boleh berkhidmat dengan baik,”katanya.

Golongan muda dilapor sebagai penentu pada PRK DUN Mahkota, selain faktor kesediaan calon dalam menyelesaikan permasalahan isu setempat dihadapi penduduk.

Kumpulan itu mendominasi jumlah pengundi iaitu lebih 52 peratus, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!