Penjawat awam rugi lebih RM92,000 terpedaya pelaburan palsu

Seorang penjawat awam menanggung kerugian sebanyak RM92,228 gara-gara terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian. (Gambar kecil: Hanyan) Gambar hiasan
Seorang penjawat awam menanggung kerugian sebanyak RM92,228 gara-gara terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian. (Gambar kecil: Hanyan) Gambar hiasan
A
A
A

KEMAMAN - Seorang penjawat awam menanggung kerugian sebanyak RM92,228 gara-gara terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang tampil di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil di sini pada Ahad.

"Mangsa telah menerima tawaran skim pelaburan di dalam aplikasi Telegram sehingga tertarik untuk membuat sebanyak sembilan kali transaksi ke dalam lapan akaun berbeza.

"Disebabkan terpedaya dengan apa yang ditawarkan, lelaki tersebut telah melakukan keseluruhan transaksi wang sebanyak RM92,228 sebelum menyedari tertipu," katanya di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Hanyan berkata, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam mana-mana skim pelaburan yang ditawarkan di dalam media sosial.

"Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan dengan menghubungi talian 997 (hotline) Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebelum membuat sebarang transaksi pemindahan wang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!