Suspek penyerang Trump 'fanatik' konflik Rusia-Ukraine

Routh berjaya ditahan pihak berkuasa selepas melarikan diri dari lokasi kejadian. - Foto Agensi
Routh berjaya ditahan pihak berkuasa selepas melarikan diri dari lokasi kejadian. - Foto Agensi
A
A
A

WASHNGTON - Suspek penyerang Donald Trump didakwa pernah ditemu bual AFP di Kiev pada 2022 ketika dia melakukan perjalanan ke negara bekas Kesatuan Soviet itu pada fasa awal konflik bersama Rusia tercetus.

Beberapa rangkaian media tempatan mendakwa Ryan Wesley Routh, 58, yang digambarkan sebagai 'fanatik' konflik Moscow-Kiev adalah seorang pembina rumah yang bekerja sendiri di Hawaii.

“Dia mempunyai rekod beberapa tangkapan sejak beberapa dekad lalu dan sering berkongsi catatan tentang politik dan isu semasa serta mengkritik Trump,” jelas laporan berkenaan.

Menerusi catatan di platform X pada Mac 2022, suspek pernah menyatakan mahu bertempur secara sukarela di sempadan Kiev dan sanggup gugur di medan tempur.

“Bolehkah saya menjadi contoh teladan. Kita perlu menang,” katanya yang lantang mengutuk kempen pencerobohan dilancarkan Rusia pada Februari tahun sama.

Routh juga pernah menyertai demonstrasi menyokong penduduk Ukraine yang terperangkap di bandar pelabuhan Mariupol.

“Putin adalah pengganas. Oleh itu, kami perlukan komuniti seluruh dunia bersatu hentikan operasi ketenteraan Moscow dan sertai kami di sini,” katanya kepada AFP pada masa itu.

Sejak lebih dua tahun lalu, komuniti antarabangsa sedia maklum AS merupakan penyokong kuat Kiev malah ia turut menjadi antara negara yang menyalurkan bantuan bekalan senjata kepada Ukraine. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!