Ibu Kota Nusantara dibuka kepada umum
PENAJAM PASER UTARA - Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kecamatan Sepaku, Kabupaten Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur, Indonesia mula dibuka kepada orang ramai bermula Isnin bagi membolehkan pengunjung menerokai kawasan hijau tersebut yang masih dalam fasa pembinaan.
Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara (OIKN) memaklumkan jumlah pengunjung bagaimanapun dihadkan kepada 300 hari sehari sebagai langkah keselamatan selain untuk memastikan keselesaan mereka memandangkan projek pembangunan masih giat berjalan.
“Mereka yang mahu berkunjung ke IKN perlu terlebih dahulu mendaftar melalui aplikasi IKNOW. Golongan itu juga dinasihatkan supaya membiasakan diri dengan prosedur lawatan bagi memastikan pengalaman yang lancar sepanjang di IKN.
“Antara tempat yang boleh dilawati ialah Plaza Istiadat dan Taman Kusuma Bangsa,” ujar Kakitangan Khas Komunikasi Awam Ketua Penguasa IKN (OIKN), Troy Pantouw, pada Ahad.
Menurutnya, orang ramai disarankan mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR).
“Program lawatan ini diharap dapat menyatukan rakyat selain memupuk rasa bangga terhadap pembangunan IKN sebagai kota cerdas dan bandar hijau,” jelasnya lagi.
Pada minggu lalu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi juga berangkat ke IKN untuk menjalankan tugas menjelang penggal akhir pemerintahan beliau yang dijadualkan tamat pada 19 Oktober depan, sehari sebelum majlis angkat sumpah penggantinya, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!