Polis cari wanita warga asing larikan anak daripada suami

Wan Azlan
Wan Azlan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang giat mengesan seorang wanita warga asing yang didakwa telah melarikan anak perempuannya berusia setahun empat bulan daripada suaminya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, semalam polis telah mengesan kenyataan tular di media sosial tertera identiti dan gambar seorang kanak-kanak yang didakwa diculik.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami wanita itu pada 4.23 petang, semalam.

"Siasatan awal mendapati, pengadu iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis berkaitan anaknya telah dibawa lari oleh isterinya yang merupakan seorang warga asing.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua pihak masih berstatus suami isteri sah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu selain tidak memuat naik kenyataan tidak pasti yang boleh menggusarkan masyarakat. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!