Kanak-kanak di rumah amal dipijak, dirotan tanpa belas kasihan

Video tular pertama dimuatnaik Pukas Malaysia pada Sabtu.
Video tular pertama dimuatnaik Pukas Malaysia pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular dua video berbeza memperlihatkan kanak-kanak didera tanpa perikemanusiaan oleh penjaga yang didakwa pekerja rumah amal bermotifkan agama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) Malaysia, video pertama menampakkan seorang kanak-kanak lelaki ditekan dan dipijak di bahagian dada menggunakan lutut sehingga menangis teresak-esak, malah hampir pengsan.

Video kedua pula menunjukkan beberapa kanak-kanak dirotan sebanyak enam hingga 15 kali tanpa belas kasihan sehinggakan ada yang menangis dan meraung kesakitan.

“Sadis dan kejam! Seorang kanak-kanak diseksa penjaga di rumah amal. Lutut si penjaga (pijak) di dada sehingga hampir pengsan, kanak-kanak ini juga ada kecederaan lain.

“Video penderaan kedua adalah hukuman rotan yang melampau. Jiwa pendera tidak boleh jadi pendidik.

“Kanak-kanak dirotan tanpa belas kasihan. Sakitnya bukan kepalang,“ katanya pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah menyelamatkan mangsa terdiri 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian atau penganiayaan di premis dipercayai milik organisasi bermotifkan agama di sekitar Selangor serta Negeri Sembilan.

Menerusi Op Global yang dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, pihaknya turut menahan 171 individu iaitu tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian.

Dalam perkembangan pada Jumaat, beliau memaklumkan, 13 daripada kanak-kanak terbabit disyaki telah diliwat berdasarkan saringan perubatan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, 10 dari 402 kanak-kanak terbabit didapati terdiri daripada kanak-kanak autistik, orang kurang upaya (OKU) dan sakit telah diserahkan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!