Sistem Bank Rakyat kekal selamat

Bank Rakyat akan terus menambah baik daya tahan operasi agar dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat.
Bank Rakyat akan terus menambah baik daya tahan operasi agar dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat.
A
A
A

BERIKUTAN dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini, Bank Rakyat memberi jaminan bahawa sistemnya kekal selamat dan akan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan terus menambah baik daya tahan operasi agar dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat.

Menurut kenyataan itu, Bank Rakyat telah menghubungi pelanggan melalui surat dan sistem pesanan ringkas (SMS) serta mengambil langkah proaktif untuk memastikan tahap keselamatan perbankan terjamin.

“Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan mengutamakan kepentingan pelanggan menerusi pembangunan teknologi secara berterusan.

“Kami akan meningkatkan lagi kesedaran dan panduan kepada pelanggan untuk melindungi diri daripada ancaman keselamatan siber,“ katanya pada Isnin.

Sebelum ini, timbul dakwaan berlaku insiden ketirisan data yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan Bank Rakyat.

Sementara itu, Bank Rakyat telah melaporkan insiden berkenaan kepada pihak berkuasa dan membuat siaran media bagi meyakinkan pelanggan, rakan kongsi perniagaan serta pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya.

“Integriti dan keselamatan perbankan pelanggan kekal menjadi keutamaan

Artikel Berkaitan:

utama kami.

“Jika ada pelanggan mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan, mereka perlu segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1300 800 800 atau 03-55269200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997,“ ujar kenyataan terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!