Gempa bumi kuat landa Rantau Kepulauan Mariana

Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Mariana.
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Mariana.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Mariana pada jam 7.36 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112 kilometer (km) iaitu 2,156 km tenggara dari Yokosuka, Jepun.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!