Saingan Piala Raja Muda Selangor 2024 lebih sengit

Pengerusi Jawatankuasa Induk kejohanan, Datuk Emran Kadir; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Timbalan Pengerusi kejohanan, Hashim Anang bersama wakil pasukan selepas majlis undian Piala Raja Muda Selangor 2024 di Shah Alam.
Pengerusi Jawatankuasa Induk kejohanan, Datuk Emran Kadir; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Timbalan Pengerusi kejohanan, Hashim Anang bersama wakil pasukan selepas majlis undian Piala Raja Muda Selangor 2024 di Shah Alam.
A
A
A

SAINGAN Piala Raja Muda Selangor 2024 menjanjikan saingan lebih sengit apabila buat pertama kali edisi ke-35 mengembangkan sayap ke seluruh Selangor.

Malah Pengarah Teknikal Kejohanan Piala Raja Muda Selangor 2024, Jailani Abdul, percaya kejuaraan pembangunan bakat bawah 12 tahun itu sememangnya menjadi sasaran pasukan sekolah rendah seluruh Selangor.

“Saya merasakan pasukan daripada daerah lain di Selangor memang telah lama menanti menyahut cabaran kejuaraan berprestij yang telah lama berakar di daerah Petaling.

“Kebanyakan pasukan sekolah rendah di Selangor telah bersaing hebat sejak daripada pusingan kelayakan di peringkat Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) seluruh Selangor yang telah berlangsung sekitar Jun dan Julai lalu.

“Sebaik sahaja dimaklumkan kejuaraan ini dibuka penyertaan kepada semua sekolah rendah yang mengambil bahagian dalam kejohanan MSSD, saya dapati jumlah penyertaan pada pusingan kelayakan meningkat.

“Setiap pasukan sekolah bersaing sengit di peringkat daerah lagi untuk merebut kuota pasukan yang layak mengikut daerah. Apa yang pasti pasukan yang mendapat kuota yang diperuntukkan adalah pasukan yang mencapai kedudukan terbaik dalam kejuaraan MSSD,” katanya kepada Sukan Sinar.

No Image Caption

Edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod aksi pembuka tirai bakal Piala Sumbangsih menemukan Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20, Shah Alam menentang SK Seri Selangor, Subang Jaya di Stadium Mini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya.

Kejuaraan Piala Raja Muda Selangor terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

Tambah Jailani lagi, wakil-wakil pasukan yang baru melakukan debut ketika semasa majlis pengundian kejohanan begitu teruja memulakan cabaran.

“Sudah pasti ia satu petanda positif bahawa saingan kali ini akan memberi cabaran besar kepada sekolah daripada daerah Petaling yang telah lama bersaing dalam daerah mereka sahaja.

“Saya juga percaya adalah tidak mustahil kejuaraan edisi ke-35 akan dijulang pasukan luar daerah Petaling,” katanya.

INFO

Piala Raja Muda Selangor 2024

(Bawah 12 Tahun)

KUMPULAN A

SK Seksyen 20, Shah Alam

SK Bukit Beruntung 2, Hulu Selangor

SK Taman Samudera, Gombak

SK Taman Nirwana, Hulu Langat

KUMPULAN B

SK Kampung Jawa 2, Klang

SK Leftenan Adnan, Hulu Langat

SK Seri Selangor, Petaling Perdana

SK Tun Doktor Ismail, Sabak Bernam

KUMPULAN C

SK Jalan 3, Hulu Langat

SK Sri Petaling, Petaling Utama

SK Taman Sungai Besi Indah, Petaling Perdana

SK Kebun Baharu, Kuala Langat

KUMPULAN D

SK Puncak Alam 3, Hulu Langat

SK TUDM Subang, Petaling Perdana

SK Johan Setia, Klang

SK Bandar Baru Selayang 2, Gombak

KUMPULAN E

SK Subang, Petaling Perdana

SK Seri Bahagia, Sabak Bernam

SK Taman Bunga Raya 2, Hulu Selangor

SK Batu Belah, Klang

KUMPULAN F

SK Dusun Tua, Hulu Langat

SK Taman Seroja, Sepang

SK Bukit Kerayong, Kuala Selangor

SRI Al-Huda, Gombak

KUMPULAN G

SK Bandar Baru Sungai Buloh, Gombak

SK Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Perdana

SK Taman Tun Dr Ismail Jaya, Petaling Perdana

SK Bukit Kemuning 2, Klang

KUMPULAN H

SK (1) Petaling Jaya, Petaling Utama

SK Telok Panglima Garang, Kuala Langat

SK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

SK Seri Pristana, Kuala Selangor

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!