Lokasi percutian impian seisi keluarga

Air terjun buatan menjadi pelengkap kepada suasana damai di Bukit Wang Retreat Chalet & Campsite.
Air terjun buatan menjadi pelengkap kepada suasana damai di Bukit Wang Retreat Chalet & Campsite.
A
A
A

KUBANG PASU - Terletak kira-kira 10 kilometer dari susur keluar Malau Lebuhraya Utara-Selatan di sini, Bukit Wang Retreat Chalet & Campsite menjadi lokasi wajib singgah kepada mereka yang ingin mencari kedamaian dan lari jauh daripada hiruk-pikuk kota.

Selain dikelilingi panorama indah bukit bukau dan anak sungai, pusat peranginan berkenaan turut diperindahkan dengan tiga buah rumah tradisional Melayu yang dibina menggunakan kayu.

Pemilik Bukit Wang Retreat, Nur Akmar Baharom, 44, berkata, rumah tersebut dibina untuk dia membina mewujudkan suasana kampung seperti zaman dahulu kala.

Nur Akmar bergambar di hadapan pintu masuk Bukit Wang Retreat Chalet & Campsite di Jalan Bukit Wang, Jitra.
Nur Akmar bergambar di hadapan pintu masuk Bukit Wang Retreat Chalet & Campsite di Jalan Bukit Wang, Jitra.

“Saya sebenarnya hendak generasi muda merasai pengalaman sebenar kehidupan zaman dulu-dulu.

“Sebab itu ada dua buah rumah kayu yang dibina memiliki tandas di bahagian luar sebagaimana rumah dulu-dulu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pusat peranginan itu hanya dibuka kepada pelanggan yang menginap di rumah rehat ditawarkan sahaja.

Artikel Berkaitan:

Rumah Amna menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan sesi fotografi pada Hari Raya Aidilfitri.
Rumah Amna menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan sesi fotografi pada Hari Raya Aidilfitri.

“Kita tidak buka kepada pengunjung luar untuk masuk mandi-manda. Jadi pelanggan akan rasa lebih privasi untuk beriadah bersama ahli keluarga mereka.

“Kita juga ada menyediakan kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Anak sungai di sini juga tidak terlalu dalam, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda tanpa kerisauan ibu bapa,” katanya.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, selain tiga buah rumah kayu berkenaan pusat peranginan itu turut membina sebuah kabin.

“Setiap rumah turut dilengkapi dengan kemudahan barbeku untuk kegunaan pengunjung.

“Di sini juga kita ada dewan terbuka untuk disewa sebab sekarang ini sekolah dan agensi pun dah banyak yang buat program di sini,” katanya.

Anak sungai yang tidak terlalu dalam sesuai untuk kanak-kanak mandi tanpa kerisauan ibu bapa.
Anak sungai yang tidak terlalu dalam sesuai untuk kanak-kanak mandi tanpa kerisauan ibu bapa.

Jelasnya, pengunjung dari Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang adalah antara yang gemar datang bercuti di pusat peranginan berkenaan.

“Untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan pun sudah ada yang tempah sebab rumah kita terhad. Jadi kalau sudah ada tarikh lebih baik buat tempahan segera,” katanya.

Susulan itu katanya, dia dan suami, Mazwan Muhammad, 44, sedang membina dua lagi unit rumah batu susulan sambutan pengunjung yang memberangsangkan.

“Insya-ALLAH, dalam masa terdekat dua unit rumah batu terbabit akan siap tak lama lagi dan mampu menampung jumlah pengunjung yang lebih ramai.

Kolam renang yang disediakan di pusat peranginan tersebut.
Kolam renang yang disediakan di pusat peranginan tersebut.

Setakat ini, rumah yang disediakan ialah Rumah Arif, Rumah Afiq, Rumah Amna dan Rumah Adib. Setiap satunya menawarkan harga yang berpatutan,” katanya.

Tambahnya, Rumah Amna menjadi pilihan pengunjung kerana saiznya lebih besar dan mempunyai gazebo.

“Disebabkan struktur binaannya yang unik, pengunjung lazimnya akan menyewa Rumah Amna pada hari raya untuk melakukan sesi fotografi,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!