Lelaki parah di kepala rumah dihempap pokok

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian. Foto Bomba
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian. Foto Bomba
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki parah di kepala apabila sebahagian rumahnya ranap ditimpa pokok dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau awal pagi Selasa.

Mangsa yang berusia 30-an gagal menyelamatkan diri ketika berada dalam rumah kelas B terbabit setelah pokok tumbang mengenai bumbung dan sebahagian yang lain.

Mangsa bagaimanapun diselamatkan oleh pasukan bomba yang berjaya mengeluarkannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Azahari Abdullah berkata, panggilan diterima sekitar jam 1.18 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian yang jaraknya 24 kilometer pada jam 1.44 pagi.

"Pusat Gerakan Operasi telah mengarahkan jentera FMT dan EMRS ke lokasi kejadian, setibanya di lokasi, didapati benar ada pokok tumbang menghempap sebuah rumah.

Lelaki yang parah di kepala dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Foto Bomba
Lelaki yang parah di kepala dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Foto Bomba

Artikel Berkaitan:

"Kejadian menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala," katanya.

Jelasnya, tindakan awal dilakukan anggota ialah mengeluarkan mangsa yang cedera dan rawatan awal dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.

Anggota bagaimanapun meneruskan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!