Persatuan Cina puji tindakan efektif kerajaan tangani koronavirus

Dr Goh (dua dari kiri) menyambut ketibaan Dr Wan Azizah di Dewan Wisma Huazhong di Seri Kembangan malam ini.
Dr Goh (dua dari kiri) menyambut ketibaan Dr Wan Azizah di Dewan Wisma Huazhong di Seri Kembangan malam ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) memuji tindakan efektif yang diambil pihak berkuasa Malaysia bagi menangani penularan wabak koronavirus.

Presidennya, Tan Sri Dr Goh Tian Chuan berkata, ia termasuk pemeriksaan kesihatan ketat di pintu masuk lapangan terbang, menyelidik perkembangan penyebaran virus selain berkomunikasi dengan Kedutaan China di Malaysia.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.

"Semua pihak kini sedang menumpukan perhatian ke atas keadaan kesihatan kedua-dua negara dan bekerjasama dengan rapat bagi menangani isu tersebut.

"Contohnya mengaturkan pesawat untuk warganegara (Malaysia) di China iaitu di Wuhan dalam kerja koordinasi antara negara dan kempen menderma menyumbang rezeki oleh pihak pertubuhan Tionghoa," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Wisma Huazhong di Seri Kembangan yang turut dihadiri Dr Wan Azizah dan beberapa menteri serta ahli politik malam ini.

Menurutnya, hubungan antara Malaysia dan pemerintah China selama ini sungguh erat termasuk dengan pihak persatuan mahu pun kerajaan.

Dalam pada itu beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa isu penyebaran koronavirus telah menjejaskan ekonomi sedunia termasuk Malaysia.

"Kami boleh terasa bahawa impaknya dalam perindustrian pelancongan dan perkhidmatan hotel, makanan dan logistik.

Artikel Berkaitan:

"Ketiadaan pelancong dari Republik Rakyat China sudah tentulah menjejaskan ekonomi dan perkembangan perindustrian pelancongan di Malaysia.

"Sekiranya keadaan tidak bertambah baik dalam masa terdekat, saya khuatir bahawa ia akan menjejaskan nilai perdagangan antara Malaysia dan China," katanya.

Tambahnya, jika penyebaran wabak itu masih terus berlarutan, ia akan mendatangkan cabaran besar kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!