MoU tak beri keuntungan kepada rakyat dan negara - Ahmad

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berucap di ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset pada Isnin.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berucap di ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset pada Isnin.
A
A
A

KLUANG - Kesepakatan Perikatan Nasional (PN) menolak draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada wakil rakyat kerana didakwa tidak memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berkata, ia juga sebagai isyarat tegas kepada Kerajaan Perpaduan.

"Ahli-ahli Parlimen PN buat keputusan tolak MoU, ini kenyataan yang sangat jelas daripada Datuk Seri Hamzah Zainudin mewakili ahli-ahli Parlimen PN.

"Bahawa kita menolak tawaran yang diberikan kalau sekiranya tawaran itu tidak berikan keuntungan kepada rakyat, tidak berikan keuntungan kepada negara.

"Ini ketegasan yang ditunjukkan (pembangkang)," tegas Ahmad ketika berucap di ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) menggesa agar pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menggunakan peluang dalam pilihan raya kecil (PRK) ini untuk memberi isyarat sama kepada kerajaan.

"Undi PN beri isyarat kepada kerajaan bahawa kami (pengundi) tak boleh terima kenaikan harga minyak, tak boleh terima kehidupan hari ini yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Artikel Berkaitan:

Kehadiran di ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset pada Isnin.
Kehadiran di ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset pada Isnin.

"Bahkan masalah dihadapi oleh rakyat tidak diatasi sebaik mungkin. Maka isyarat itu mesti diberi oleh pengundi di DUN Mahkota," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PN kini merupakan teras politik Melayu dan Islam setelah mendakwa UMNO bukan lagi menjadi tunjang utama kerana hanya melukut di tepi gantang DAP.

Katanya lagi, sekiranya PN diberi mandat dalam PRK Mahkota ia akan menjadi suara dan isyarat kepada Pakatan Harapan (PH) yang memerintah.

"Isyarat dari Mahkota adalah tidak menerima dasar-dasar yang sedang dilaksana dalam negara kerana dianggap tidak menyelesaikan masalah," dakwanya.

Pada Ahad, PN membuat ketetapan sebulat suara menolak MoU mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penolakan itu dilakukan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa dan mengokong kebebasan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!