Warga emas maut, kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas

Keadaan Perodua Bezza dan Honda Civic yang terlibat kemalangan di Kilometer (KM) 45, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Sungai Tong, Setiu awal pagi Selasa.
Keadaan Perodua Bezza dan Honda Civic yang terlibat kemalangan di Kilometer (KM) 45, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Sungai Tong, Setiu awal pagi Selasa.
A
A
A

SETIU - Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 45, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Sungai Tong di sini awal pagi Selasa.

Kejadian berlaku sekitar jam 4.32 pagi itu menyebabkan Saodah Man, 70, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, nahas berkenaan berlaku ketika Perodua Bezza yang membawa mangsa dalam perjalanan dari Kedah menghala ke Kemasik, Kemaman.

Menurutnya, sebuah lagi kenderaan iaitu kereta jenis Honda Civic dipandu lelaki berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Kampung Payong, Sungai Tong di sini.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza yang dipandu cucu mangsa hilang kawalan ketika sampai di lokasi kejadian menyebabkan ia masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Honda Civic.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua cucunya termasuk yang memandu kenderaan dirawat di Hospital Setiu," katanya di sini pada Selasa.

Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah Honda Civic dalam kejadian dekat Kampung Sungai Tong, Setiu awal pagi Selasa.
Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah Honda Civic dalam kejadian dekat Kampung Sungai Tong, Setiu awal pagi Selasa.

Menurut Mohd Zain, dua cucu mangsa iaitu Nur Fatihah Syahada Ahmad Farihan, 20, merupakan pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani dan seorang lagi, Muhammad Alif Firdaus Ahmad Farihan, 13, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aman Jaya, Sungai Lalang.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi mangsa kemalangan iaitu pemandu dan dua penumpang Honda Civic turut dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!