Zakaria dilantik Ketua Pengarah Imigresen baharu

Jabatan Imigresen Malaysia menerusi hantaran mengucapkan tahniah atas pelantikan Zakaria sebagai Ketua Pengarah baharu.
Jabatan Imigresen Malaysia menerusi hantaran mengucapkan tahniah atas pelantikan Zakaria sebagai Ketua Pengarah baharu.
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Zakaria Shaaban dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia menggantikan Datuk Ruslin Jusoh berkuat kuasa pada Selasa.

Sebelum ini, Zakaria merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pelantikan Zakaria difahamkan susulan pelantikan Ruslin yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang baharu.

Jabatan Imigresen Malaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya mengucapkan tahniah atas pelantikan Zakaria sebagai Ketua Pengarah Imigresen.

"Kami warga Jabatan Imigresen Malaysia mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas dengan jayanya," kata kenyataan berkenaan pada Selasa.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia menerusi hantaran lain turut memberikan penghargaan kepada Ruslin atas tugas yang dilaksanakan sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah.

"Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan atas jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Imigresen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!