Angin kencang: Puluhan pokok tumbang di Pulau Pinang

Seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Jalan Siram, Butterworth. Foto bomba
Seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Jalan Siram, Butterworth. Foto bomba
A
A
A

GEORGE TOWN - Puluhan pokok dilapor tumbang di negeri ini susulan angin kencang dan hujan lebat sejak awal pagi Selasa.

Antara kawasan terlibat ialah Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru, Tanjung Bungah dan Butterworth.

Di Jalan Siram, Butterworth difahamkan seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang.

Kejadian pokok tumbang di Paya Terubong. Foto ihsan orang awam
Kejadian pokok tumbang di Paya Terubong. Foto ihsan orang awam

Wanita tersebut yang memandu kereta Honda Civic berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, di Pulau Tikus pula, sebanyak 13 kes pokok tumbang dilaporkan sehingga jam 9.50 pagi, Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng berkata, salah satu kejadian berlaku di hadapan pusat khidmatnya.

Dahan besar dari pokok tua patah menyebankan papan tanda di kedai sebelah pusat khidmatnya rosak teruk.

Artikel Berkaitan:

Kejadian pokok tumbang di Tanjung Bungah selepas kejadian angin kencang pada pagi Selasa. Foto ihsan orang awam
Kejadian pokok tumbang di Tanjung Bungah selepas kejadian angin kencang pada pagi Selasa. Foto ihsan orang awam

Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Pokok tua besar amat berbahaya dalam kawasan populasi bandar yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda.

"Pulau Pinang memerlukan konsep bandar hijau selamat tanpa pokok tua besar yang boleh memberi ancaman bahaya kepada manusia dan harta benda," katanya.

Sementara itu, di Permatang Rawa, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal dilaporkan berlaku banjir kilat susulan hujan lebat di negeri ini sejak awal pagi.

Bagaimanapun, setakat ini, butiran lanjut mengenai kejadian tersebut belum diperolehi daripada pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!