Angka kematian meningkat, China perlukan bekalan topeng muka

Penumpang diperiksa ketika turun dari pesawat sejurus tiba di Pangkalan Udara Istres-Le Tube di Istres, tenggara Perancis. - Foto: AFP
Penumpang diperiksa ketika turun dari pesawat sejurus tiba di Pangkalan Udara Istres-Le Tube di Istres, tenggara Perancis. - Foto: AFP
A
A
A

BEIJING - China sangat memerlukan peralatan perubatan perlindungan berikutan angka kematian yang semakin meningkat akibat koronavirus di negara itu.

Kebimbangan terhadap wabak tersebut telah mendorong rakyat di negara yang padat penduduk dengan populasi kira-kira 1.4 bilion itu menyimpan topeng pembedahan sekali guna dan menyebabkan kakitangan perubatan di barisan hadapan kekurangan bekalan.

"Apa yang China perlukan sekarang ini ialah topeng perubatan, sut perlindungan dan gogal keselamatan," kata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.

Dengan kapasiti penuh, kilang di negara itu hanya dapat menghasilkan kira-kira 20 juta topeng sehari.

Menurut Menteri Industri, Tian Yulong, pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk membawa topeng dari Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat manakala kilang tempatan kini beroperasi antara 60 hingga 70 peratus daripada kapasiti. -AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!