ACL Elite: JDT tak gentar fizikal Shanghai Port

Bidoglio optimis JDT raih keputusan positif pada aksi sulung ACL Elite berdepan Shanghai Port di Stadium Bola Sepak Pudong. Foto FB Johor Southern Tigers
Bidoglio optimis JDT raih keputusan positif pada aksi sulung ACL Elite berdepan Shanghai Port di Stadium Bola Sepak Pudong. Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio optimis skuad kendaliannya bakal memberikan aksi terbaik apabila berdepan Shanghai Port pada aksi sulung Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite di Stadium Bola Sepak Pudong, pada Rabu.

Malah menurutnya, kesebelasan skuad Harimau Selatan juga sudah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi berdepan skuad The Red Eagles itu.

“Saya tidak tahu tapi ia mungkin perlawanan yang baik, dinamik dan penuh dengan intensiti. Ia juga berbeza dengan liga tempatan di mana transisinya lebih pantas.

“Bagaimanapun, buat masa ini kami berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi dan bakal berdepan pula dengan pasukan yang kuat seperti Shanghai.

“Apa pun, kami pasti kami berada di landasan yang betul dan ACL Elite ini begitu penting buat kami. Kami hanya akan berikan yang terbaik untuk menjamin kemaraan ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Bidoglio berkata, pihaknya mungkin mengamalkan corak menyerang dalam usaha merobek gawang tuan rumah.

Namun katanya, kesemua pemain diminta untuk berhati-hati di sepanjang perlawanan bagi memastikan serangan-serangan berkenaan membuahkan hasil yang diinginkan.

“Saya tahu pemain-pemain lawan akan menggunakan kelebihan fizikal mereka dalam perlawanan ini ketika mengatur asakan ke pintu gol.

Artikel Berkaitan:

“Justeru, saya mengingatkan kesemua pemain untuk memberikan aksi terbaik bagi menghasilkan keputusan yang positif,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!