Ketegangan Turki, rejim Syria memuncak

Pandangan udara menunjukkan kesan kemusnahan akibat serangan udara Syria di bandar Sarmin dekat wilayah Idlib. - Foto: AFP
Pandangan udara menunjukkan kesan kemusnahan akibat serangan udara Syria di bandar Sarmin dekat wilayah Idlib. - Foto: AFP
A
A
A

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya empat tentera Turki terbunuh dan sembilan yang lain cedera dalam serangan pasukan kerajaan Syria di wilayah Idlib hari ini sekali gus meningkatkan lagi ketegangan antara dua negara itu.

Serangan udara tersebut juga mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang awam di kawasan sama.

Menurut Balai Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain, serangan bermula dengan bedilan rejim Syria ke atas kedudukan Turki di Idlib.

Penyokong rejim Syria, Rusia bagaimanapun berkata, Turki gagal memberi amaran terlebih dahulu mengenai pergerakan pasukannya di wilayah terbabit.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan serangan Syria telah dibalas dan pihaknya menyasarkan pasukan rejim Presiden Bashar al-Assad kerana mereka menyerang tentera Ankara.

"Kami tidak boleh berdiam diri. Sebagai tindak balas, kami akan hukum semua orang yang bertanggungjawab atas serangan terhadap tentera kami. Pertahanan udara dan kapal perang kami menjalankan operasi masing-masing," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!