Hanya dua rumah amal GISBH berdaftar dengan JKM

Razarudin ketika sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
Razarudin ketika sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hanya dua daripada 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) didapati berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ini susulan serbuan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Global di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, adalah satu kesalahan jika pengoperasian rumah amal tidak mempunyai kelulusan daripada pihak JKM.

"Hanya dua (rumah amal) yang berdaftar daripada 20 (yang diserbu). Jadi 18 lagi tidak berdaftar.

"Pihak JKM tidak dapat melakukan pemeriksaan berkala terhadap premis itu sekiranya tidak berdaftar,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Tambah beliau, sekiranya pejabat agama negeri ada mengeluarkan kebenaran rumah amal untuk beroperasi, maka ia bukan di bawah tindakan JKM malah perlu merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam pada itu, kata Razarudin, polis sudah mengenal pasti sebahagian ibu bapa daripada 392 kanak-kanak yang diselamatkan, namun kesemua mereka masih belum tampil untuk diambil keterangan.

"Kita (polis) mendapati mereka kemungkinan tidak tahu anak mereka sudah diselamatkan polis dan mungkin juga mereka ini tidak tampil kerana sebelum ini (pihak pengurusan) GISBH mendakwa mangsa ini adalah anak yatim.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan juga mendapati, sebahagian kanak-kanak ini sudah dibinkan Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak didaftarkan. Mereka (pasangan) ini apabila mengandung baru daftar di Pejabat Agama Islam Negeri mengikut peruntukan undang-undang," katannya.

Selain itu, Razarudin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada antara kanak-kanak diselamatkan itu merupakan adik-beradik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!