Penunggang motosikal maut digilis lori

Motosikal ditunggang mangsa dalam kemalangan maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Selasa.
Motosikal ditunggang mangsa dalam kemalangan maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan berkaitan kemalangan itu diterima pihaknya kira-kira jam 9 pagi.

"Siasatan mendapati motosikal jenis Yamaha R15 yang ditunggang seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun menghala ke arah selatan.

"Motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan mengakibatkan mangsa terjatuh ke bawah lori yang berada di lorong sebelah kiri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Najib Mohd Azaman di talian 012-3526147 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!