Kerajaan Johor nafi tak tambah baik runtuhan tebing

Kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan. Kerja-kerja penambaikan di Bukit Pasir.
Kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan. Kerja-kerja penambaikan di Bukit Pasir.
A
A
A

MUAR – Kerajaan Johor menafikan dakwaan kerja-kerja penambahbaikan runtuhan tebing parit di Kampung Naib Kadir di sini tidak disiapkan sejak setahun lalu sebagaimana yang tular dalam video Tiktok pada Selasa.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, dakwaan berkenaan tidak tepat kerana kerja-kerja yang bermula pada 2023 telah pun siap tahun lalu manakala kerja yang tular (belum siap) adalah bagi kerja-kerja bagi 2024.

"Berita tular mengatakan kerja setahun tidak siap itu tidak tepat,

Kerja-kerja di Kampung Parit Naib Kadir.
Kerja-kerja di Kampung Parit Naib Kadir.

“Untuk makluman semua, saya menerima aduan berkenaan tebing runtuh di enam lokasi sepanjang jalan Kampung Naib Kadir ini pada November 2023.

“Alhamdulillah, peruntukan kecemasan berjumlah RM16,000 daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diluluskan tetapi hanya dapat menyelesaikan satu lokasi sahaja dan kerja-kerja ini telah siap pada tahun 2023 juga.

“Pada Mei 2024, Alhamdulillah, peruntukan sebanyak RM271,000 diluluskan untuk menyelesaikan baki lima lokasi yang bermasalah. Saya sendiri turun ke tapak pada 30 Ogos bersama JKR (Jabatan Kerja Raya), pihak konsesi, kontraktor. Daripada lima lokasi kerja, dua telah pun siap, baki tiga lagi kerja yang lewat disiapkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Gambar lokasi projek 2023 yang telah siap.
Gambar lokasi projek 2023 yang telah siap.

Sementara itu Mohd Fazli berkata, punca kelewatan adalah disebabkan perubahan skop kerja melibatkan pemasangan gabion di tiga lokasi terakhir.

Katanya, kerja-kerja pemasangan gabion ini akan menyebabkan parit sedia ada menjadi kecil dan akan memperlahankan aliran air serta sukar untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

“Alhamdulillah, skop baru telah dipersetujui dan diluluskan serta peralatan yang ditempah telahpun siap, kerja-kerja dijangka bermula semula pada 18 September 2024 dan akan siap pada hujung bulan ini atau selewat-lewatnya 4 Oktober 2024.

“Kita doakan agar cuaca dalam keadaan baik dan semua perkara yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

“Pihak kontraktor juga diminta untuk menepati masa penyiapan projek ini dan bertanggungjawab atas segala masalah yang timbul,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!