24 mangsa terperangkap banjir di Bukit Kayu Hitam diselamatkan

Muhammad Rusmizan Azimi, 15, bersama anak saudaranya, Muhammad Aryan Rizqi Muhammad Alif, 6 bulan, berada di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Malau di sini selepas rumah mereka di Kampung Baru, Malau, dinaiki air sejak semalam. Foto Bernama
Muhammad Rusmizan Azimi, 15, bersama anak saudaranya, Muhammad Aryan Rizqi Muhammad Alif, 6 bulan, berada di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Malau di sini selepas rumah mereka di Kampung Baru, Malau, dinaiki air sejak semalam. Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam, pagi tadi berjaya diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.51 pagi.

"Pasukan bomba dari BBP Bukit Kayu Hitam telah digerakkan dan setibanya di lokasi terdapat 24 mangsa yang terperangkap terdiri daripada 21 dewasa dan tiga kanak-kanak.

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan di lokasi paras air sedang menurun dan kerja-kerja pemantauan diteruskan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.

Dalam satu lagi kejadian, 13 mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Paya Tok Betok, Kulim turut diselamatkan 8 pagi tadi.

Ketua BBP Kulim, Hamizul Azwan Hamdan berkata, setibanya di lokasi didapati 11 mangsa termasuk dua orang kurang supaya (OKU) yang lumpuh telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Semasa kerja pemantauan dilakukan, bomba menerima maklumat bahawa terdapat dua lagi mangsa OKU penglihatan yang terperangkap dan sedang diselamatkan.

Artikel Berkaitan:

"Sementara itu, tiga lagi kawasan iaitu Lorong Temenggong, Taman Anggerik dan Kampung Padang Tembak turut mengalami banjir namun tidak melibatkan mangsa terperangkap. Kerja pemantauan masih dijalankan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua BBP Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, seorang wanita warga emas yang berusia 80 tahun turut terperangkap banjir di Kampung Kota Mengkuang dan telah dipindahkan ke PPS selepas rumahnya dinaiki air. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!