JKDM Melaka rampas kereta sport, serbuk biji timah 5,000kg

Nadzri menunjukkan kenderaan mewah Lotus yang diseludup dari negara jiran untuk dijual di negara ini.
Nadzri menunjukkan kenderaan mewah Lotus yang diseludup dari negara jiran untuk dijual di negara ini.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan dari negara jiran selepas menyita seberat 5,000 kilogram (kg) serbuk biji timah baru-baru ini.

Pengarahnya, Nadzri Che Ani berkata, timah tersebut dibawa masuk dalam bentuk serbuk sebelum dibungkus ke beberapa beg plastik guni untuk pasaran sektor perindustrian seperti kilang pembuatan tin.

Menurutnya, sindiket itu dikesan menggunakan laluan perairan negara berhampiran bandar Mersing, Johor pada waktu pagi dengan menggunakan sebuah bot.

Katanya, turut ditahan seorang pemandu lori bersama pembantunya masing-masing berusia 30-an dan 40-an selepas gagal mengemukakan bukti dokumen percukaian yang sah.

Nadzri (tengah) menunjukkan sebahagian rampasan bernilai RM1.2 juta ketika sidang akhbar di Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak, Durian Tunggal di sini, pada Selasa.
Nadzri (tengah) menunjukkan sebahagian rampasan bernilai RM1.2 juta ketika sidang akhbar di Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak, Durian Tunggal di sini, pada Selasa.

"Jumlah rampasan dan sitaan membabitkan sebuah lori dan serbuk timah dianggarkan berjumlah RM450,000.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak, Durian Tunggal di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nadzri berkata, dalam kes berasingan pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah jenama Lotus bernilai RM531,960 di sebuah pusat beli-belah di Selangor, pada Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kereta sport berwarna putih itu dipercayai diseludup dari Singapura untuk diedarkan di negara ini dan kenderaan terbabit diletakkan di parkir pusat beli-belah berkenaan selama tiga bulan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Nadzri (tengah) menunjukkan serbuk biji timah yang berjaya dirampas dan disita.
Nadzri (tengah) menunjukkan serbuk biji timah yang berjaya dirampas dan disita.

"Bertindak atas maklumat risikan, pasukan berjaya mengesan dan menyita kereta itu dipercayai diseludup dan diletakkan di kawasan tempat letak kereta awam.

"Dalam tempoh tiga bulan ini juga bermula Julai hingga September JKDM Melaka berjaya menumpaskan pelbagai kegiatan penyeludupan bernilai RM1.2 juta, termasuk tembakau, rokok, minuman keras dan dadah," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!