Ambil bayaran hingga RM150 benarkan pemandu lori buang sampah haram

Keadaan di tempat pembuangan sampah haram di kawasan perumahan di Kampung Jawa di sini.
Keadaan di tempat pembuangan sampah haram di kawasan perumahan di Kampung Jawa di sini.
A
A
A

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada pengusaha tempat pembuangan sampah haram di kawasan perumahan di Kampung Jawa di sini.

Bertindak atas arahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George, pihak berkuasa tempatan itu turut membuat penyiasatan dan mendapati kegiatan itu sudah bermula sejak Mei lalu.

"Pengusaha mengaku mengambil bayaran RM100 hingga RM 150 daripada (pemandu) lori yang mengambil jalan mudah untuk membuang (melupus) sampah haram.

"Hasil siasatan turut menunjukkan beberapa bahan bukti dijumpai di kawasan pembuangan sampah haram termasuk bahan kimia, 'methyl methacylate' yang dibuang di kawasan berkenaan.

Kawasan berkenaan kini disita dan pemilik tanah akan dikenal pasti untuk tindakan
Kawasan berkenaan kini disita dan pemilik tanah akan dikenal pasti untuk tindakan

"Bahan itu boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan membahayakan paru-paru," menurut PBT itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Kenyataan MBDK turut menyebut, kawasan berkenaan kini disita dan pemilik tanah akan dikenal pasti untuk tindakan termasuk melaporkan kejadian pencemaran itu kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan susulan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!