Juventus mahu sambar Van Dijk

Van Dijk kini menjadi buruan Juventus yang berminat membawanya ke Itali pada musim panas nanti.
Van Dijk kini menjadi buruan Juventus yang berminat membawanya ke Itali pada musim panas nanti.
A
A
A

Juventus berminat untuk mendapatkan khidmat tonggak pertahanan kental Liverpool, Virgil van Dijk pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Difahamkan, kelab gergasi Itali itu sedia menawarkan sejumlah 150 juta pound (RM811.4 juta) bagi membawa masuk kapten skuad kebangsaan Belanda berusia 28 tahun itu ke Turin.

Menurut sumber terdekat Juventus, van Dijk pasti mahu mencari cabaran baharu setelah membantu The Reds memenangi beberapa piala seperti Liga Juara-Juara, Kelab Dunia FIFA, Piala Super selain semakin hampir mendakap trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Setelah membantu Liverpool memenangi beberapa piala berprestij dalam tempoh setahun ini, kami berpendapat dia mungkin sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab baharu pada penghujung musim nanti.

“Lagipun dia telah beraksi dalam saingan EPL kira-kira lima tahun. Jadi kami merancang untuk membawanya ke kelab ini dengan menawarkan jumlah yang besar pada musim panas nanti,” kata sumber berkenaan.

Ketika diminta mengulas berhubung berita berkenaan, van Dijk berkata, dia gembira beraksi bersama Liverpool khususnya di bawah kendalian pengurus, Jurgen Klopp.

Bagaimanapun, bekas pemain Southampton itu mengakui dia tidak boleh menjangkakan bagaimana nasibnya pada masa hadapan khususnya bersama kelab berkenaan.

“Saya sudah berusia 28 tahun dan saya mahu memenuhi segala impian saya. Hidup ini boleh jadi terlalu singkat dan kerjaya anda juga boleh jadi begitu. Kita tak boleh jangkakan apa akan berlaku tetapi buat masa ini, saya menikmati setiap detik (bersama Liverpool),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Van Dijk dinobat Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) 2019 selain berada di belakang pemenang Ballon d’Or yang juga bintang Barcelona, Lionel Messi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!