IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Gundam daripada peminat

Speed (gambar kiri) menerima sebuah robot 'Gundam' daripada peminat di Malaysia ketika melakukan siaran langsung di YouTube, hari ini - Foto/Tangkap layar YouTube/Instagram IShowSpeed
Speed (gambar kiri) menerima sebuah robot 'Gundam' daripada peminat di Malaysia ketika melakukan siaran langsung di YouTube, hari ini - Foto/Tangkap layar YouTube/Instagram IShowSpeed
A
A
A

PERSONALITI sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.

Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. sebelum itu telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.

Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.

Sementara itu, Speed yang sedang melakukan penstriman langsung di akaun YouTube mliliknya sebentar tadi dilihat menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia.

Semakan Astro AWANI ketika siaran langsung tersebut mendapati seorang penunggang motosikal mendekati kenderaan yang dinaiki pemuda berusia 19 tahun itu sebelum memberinya sebuah robot 'Gundam'.

Sepanjang siaran langsung tersebut, beberapa peminat turut menyapa Speed ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat, selain ada yang bersorak dan membunyikan hon.

Sepanjang siaran langsung tersebut, beberapa peminat turut menyapa Speed ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat, selain ada yang bersorak dan membunyikan hon.

Artikel Berkaitan:

Selain robot, Speed juga menerima beberapa helai baju batik daripada peminat sebelum dia tiba di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang tadi.

IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di YouTube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.

Dia terkenal kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak dan sering meniru aksi "sui" bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!