Bunuh lelaki hanya kerana dijerit kata-kata jelik semasa melintas jalan
SULAWESI - Seorang pekerja sarang burung walet dikenali sebagai Umar, 68 tahun, meninggal dunia selepas ditikam oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kabupaten Maros baru-baru ini.
Suspek yang dikenali sebagai M-U dipercayai bertindak sedemikian kerana didakwa tersinggung dengan kata-kata jelik yang diungkapkan mangsa ketika dia melintas jalan.
"Suspek kemudian datang ke balai untuk menyerahkan diri selepas selesai membunuh," kata Ketua Polis Tanralili, Iptu Abdul Malik pada Ahad.
Insiden tersebut berlaku di Desa Toddopulia, Kecamatan Tanralili, Kabupaten Maros, pada 15 September.
Tambahnya, jenazah mangsa kini akan dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Dalam pada itu, Abdul Malik berkata suspek mengaku kepada polis bahawa dia berasa kesal dengan mangsa kerana dilontarkan kata-kata buruk semasa dia melintas.
"Saya dijerit dengan kata-kata jelik, lantas saya melawan dan menusuknya," katanya.-Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!