Masih ramai tak faham mengenai hak kanak-kanak

Kesedaran mengenai Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kalangan golongan muda di Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap rendah dan membimbangkan. Foto hiasan
Kesedaran mengenai Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kalangan golongan muda di Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap rendah dan membimbangkan. Foto hiasan
A
A
A

KESEDARAN mengenai Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kalangan golongan muda di Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap rendah dan membimbangkan.

Berdasarkan kes ‘Abang Bas’ dan video parodi ibu anak membawa watak suami isteri yang mendapat sokongan sejumlah besar pengikut di media sosial, jelas menggambarkan masih ramai yang kurang faham atau keliru terhadap akta tersebut.

Tindakan mendedahkan kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun di media sosial dan kekeliruan mengenai batasan interaksi fizikal yang sesuai, menunjukkan keperluan mendesak kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat.

Ramai golongan muda yang mungkin tidak sedar bahawa perbuatan harian mereka terutama melibatkan kanak-kanak, sebenarnya salah di sisi undang-undang negara.

Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan dengan jelas bahawa sebarang bentuk penderaan, pengabaian atau gangguan meskipun dalam bentuk yang dianggap tidak berbahaya, boleh menjadi satu kesalahan serius.

Video kanak-kanak sering kali dikongsi di media sosial, juga tanpa disedari telah melanggar hak privasi mereka di bawah undang-undang ini.

Melihat kepada situasi ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu bertindak segera. Meskipun akta ini telah wujud lebih dua dekad, kesedaran dan pemahaman mengenainya masih belum meluas.

Antara langkah yang boleh diambil ialah segera melancarkan kempen kesedaran berskala besar yang menyasarkan golongan muda.

Artikel Berkaitan:

Media sosial seperti TikTok, Thread, Facebook, Instagram dan YouTube boleh dijadikan medium berkesan untuk menyebarkan maklumat termasuk aspek perundangan.

Kementerian perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai hak mereka.

Bukan hanya dalam aspek penderaan fizikal, tetapi juga dalam konteks digital dan psikologi.

Langkah ini penting bagi mereka yang bekerja secara langsung dengan kanak-kanak seperti pengasuh, guru dan pemandu bas.

Bahkan hubungan mesra antara bapa dan anak saudara juga tidak terkecuali.

Dalam perkembangan terbaharu, KPWKM berada di peringkat akhir untuk meminda akta tersebut, selaras dengan penubuhan Jabatan Kanak-Kanak yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan undang-undang lebih tegas serta mengukuhkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang bentuk pelanggaran hak kanak-kanak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!