147 PPS dibuka di tiga daerah, 556 mangsa banjir djpindahkan

Tiga daerah di Pulau Pinang iaitu SPS, SPT dan SPU dilanda banjir menyebabkan 11 PPS dibuka untuk menempatkan 556 mangsa.
Tiga daerah di Pulau Pinang iaitu SPS, SPT dan SPU dilanda banjir menyebabkan 11 PPS dibuka untuk menempatkan 556 mangsa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seramai 556 penduduk daripada 147 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pulau Pinang setakat jam 7.30 pagi Rabu susulan bencana banjir di beberapa kawasan di tiga daerah di Seberang Perai.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang antara daerah yang terjejas banjir adalah di Seberang Perai Selatan, ( SPS) Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara ( SPU).

Di Daerah Seberang Perai Tengah( SPT) lima PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti menempatkan 22 mangsa, Dewan Bukit Teh (26), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa (15), SMK Permatang Pasir (33) dan Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah (21).

Sementata di SPS pula, dua PPS dibuka iaitu di Dewan Sungai Bakap (29) dan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sanglang (39).

Bagi SPU pula, empat PPS dibuka iaitu di SK Lahar Yooi (237), Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridwan (1), SK Padang Menora (20) dan Dewan Banjir Labuh Banting (113).

Dalam sidang medianya pada Selasa, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, taburan hujan lebat direkodkan mencecah 110 milimeter per jam sehingga berlaku banjir kilat membabitkan 43 kawasan di SPT dan 28 kawasan di SPS.

Katanya, situasi banjir masih dipantau Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berkuatkuasa sehingga Khamis ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!