Manchester United belasah Barnsley 7-0

Rashford meledak dua gol di Old Trafford. Foto Agensi
Rashford meledak dua gol di Old Trafford. Foto Agensi
A
A
A

KELAB sensasi England, Manchester United mara ke pusingan 16 Piala Liga penuh bergaya selepas membelasah wakil Divisyen Tiga, Barnsley 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Old Trafford pada Rabu.

Watak penting The Red Devils seperti Marcus Rashford (m-16, m-58), Alejandro Garnacho (m-45 2, m-49) dan Christian Eriksen (m-81, m-85) semuanya menjaringkan dua gol dengan satu gol lagi dijelmakan hasil penalti Antony minit ke-35.

Kemenangan itu juga merupakan margin kemenangan terbesar Manchester United sejak menewaskan Southampton, 9-0 semasa di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada Februari 2021.

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag menggilirkan skuadnya berdepan Barnsley, membuat lapan pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Southampton 3-0 dalam perlawanan liga sebelum ini.

Rashford antara daripada tiga pemain yang mengekalkan tempatnya tampil menambah dua gol lagi selepas cemerlang membantu The Red Devils menjinakkan The Saints minggu lalu

Ini kali pertama penyerang England itu menjaringkan lebih daripada satu dalam satu perlawanan sejak menjaringkan dua gol ketika Manchester United mengatasi Leicester City, 3-0 pada Februari 2023.

"Kemenangan yang sempurna ini bukan untuk saya tetapi untuk pasukan.

"Kami boleh melakukan semua yang dirancangkan; bagaimana kami menang, pusingan seterusnya, menjaringkan beberapa gol hebat, menghiburkan penyokong-penyokong, kami berjaya mengusahakan model permainan yang akhirnya membuatkan kami gembira," kata ten Hag selepas perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham disingkirkan dengan cara yang luar biasa wakil Divisyen Dua, Preston North End menerusi penentuan sepakan penalti, 16-15, penentuan sepakan paling lama dalam pertandingan itu selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

PIALA LIGA INGGERIS

PUSINGAN KETIGA

Manchester United 7-0 Barnsley

Stoke City 1-1 Fleetwood

*Stoke menang penalti 2-1

Preston 1-1 Fulham

*Preston menang penalti 16-15

Brentford 3-1 Leyton Orient

Queen Park Rangers 1-2 Crystal Palace

Everton 1-1 Southampton

*Southampton menang penalti 6-5

Blackpool 0-1 Sheffield Wednesday

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!