Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam kereta

Paparan yang di muat naik di laman Facebook mengenai kematian warga emas berkenaan.
Paparan yang di muat naik di laman Facebook mengenai kematian warga emas berkenaan.
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di tempat duduk penumpang sebuah kereta Proton Saga di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa ditemukan sekitar jam 3.30 pagi.

"Polis mengesahkan maklumat berhubung penemuan seorang lelaki warga emas yang telah meninggal dunia di lokasi.

"Siasatan mendapati mangsa berusia 63 tahun ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Saga warna kelabu di Bandar Muar.

"Pihak polis telah merakam percakapan anak mangsa yang merupakan pemilik kenderaan tersebut dan mengesahkan bapanya menghidap penyakit buah pinggang serta menjalani rawatan dialisis di Masjid Tanah," katanya.

Terdahulu tular satu hantaran mengenai pencarian lelaki dikenali sebagai Ramli Kassim berasal dari Ayer Limau dan tinggal di Taman Paya Rumput yang dikatakan tidak pulang ke rumah walaupun rawatan dialisisnya telah tamat sekitar jam 10 pagi.

Mayat mangsa kini difahamkan berada di Hospital Muar.

Sementara itu, polis turut mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!