Empat cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak

Foto hiasan.
Foto hiasan.
A
A
A

ATHENS - Empat orang cedera pada Selasa apabila kebakaran berlaku di kompleks penapisan minyak Motor Oil berhampiran bandar Corinth, 70 kilometer (km) di barat Athens, lapor Xinhua.

Kebakaran berjaya dikawal sejurus selepas matahari terbenam, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang, menurut pasukan bomba.

Terdahulu, pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan itu supaya berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. Asap tebal menyelubungi kawasan itu, mengganggu lalu lintas berhampiran loji penapisan.

Punca kejadian masih belum diketahui, menurut Motor Oil (Hellas) Corinth Refineries S.A. dalam satu kenyataan.

Motor Oil merupakan kumpulan industri petroleum utama di Greece, khusus dalam penapisan minyak dan perdagangan. Ia juga merupakan antara pembekal bahan api terkemuka di tenggara Eropah, yang menguruskan rangkaian stesen minyak di Greece, Cyprus dan Balkan Barat. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!