SPRM tak masuk campur kes GISBH - Azam Baki

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini tidak terlibat dalam siasatan melibatkan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menyerahkan siasatan berhubung kes itu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, pihaknya tidak melihat kes GISBH mempunyai unsur rasuah atau salah guna kuasa.

"Kita serah perkara ini kepada pihak polis menyiasat perkara ini kerana tidak nampak ada isu rasuah di sini," katanya ketika sidang akhbar pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebanyak 740 rakaman percakapan telah dilaksanakan berhubung siasatan ke atas GISBH.

Berhubung rakaman percakapan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan tindakan itu diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.

Beliau berkata, daripada jumlah yang direkodkan, 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).

Tambahnya, jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!